UCL: Harry Maguire & Onana Jadi Wira Man Utd Tewaskan Copenhagen
Eropah
Manchester United
Advertisements

Kapten Man Utd, Harry Maguire menceriakan Old Trafford dengan menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Kumpulan A UCL menentang FC Copenhagen.

United berharap dapat meraih kemenangan sebagai tanda penghormatan kepada legenda mereka, Sir Bobby Charlton yang meninggal dunia pada Sabtu lepas.

Sementara Copenhagen pula memburu kemenangan pertama dalam ACL musim ini selepas sebelum ini seri sekali dan kalah sekali dalam Kumpulan A.

Advertisements

Pelawat hampir mendahului seawal minit kelima menerusi Diogo Goncalves tetapi percubaan beliau hanya mengenai tiang.

Percubaan tersebut mendorong The Red Devils untuk bangkit memburu gol pendahuluan di hadapan penyokong mereka. Bagaimanapun, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, United masih lesu dalam mendapatkan gol pendahuluan.

Advertisements

Ini mendorong pengurus Erik ten Hag memasukkan Christian Eriksen dan Alejandro Garnacho bagi menambah bisa di bahagian serangan.

Percaturan yang dibuat pengurus Belanda itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-72 menerusi Maguire.

Eriksen membuat satu hantaran tepat dari sebelah kanan ke kotak penalti Copenhagen. Hantaran bekas pemain perancang Spurs itu mudah ditanduk Maguire menewaskan penjaga gol Poland, Kamil Grabara.

Advertisements

Gol tersebut merupakan gol pertama Maguire bersama The Red Devils musim ini selepas melakukannya bila menentang Leeds United pada Februari 2022.

Dan pelawat bernasib baik apabila tidak dibolosi buat kali kedua beberapa minit selepas itu.

Grabara berjaya menepis percubaan Garnacho pada minit ke-78 sebelum percubaan susulan oleh pemain tengah Scotland, Scott McTominay tidak mengenai sasaran.

Advertisements

Kegagalan menyempurnakan peluang tersebut hampir merugikan United apabila Copenhagen dianugerahkan sepakan penalti pada minit akhir permainan.

Ini selepas McTominay didapati mengasari bekas pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diambil Jordan Larsson berjaya dinafikan penjaga gol Cameroon, Andre Onana sekaligus memastikan tiga mata milik United.

Impak yang ditunjukkan Onana turut menjadikannya sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini. Sofascore memberi markah 8.4 atas persembahannya sebagai penjaga gol hari ini.

Sementara Maguire pula merekodkan 7.9 mata, satu pencapaian yang membuktikan dirinya mampu menerajui semula pertahanan United musim ini.

The Red Devils kini menduduki tangga ketiga Kumpulan A di belakang Galatasaray dan hanya dipisahkan satu mata.

Fokus United seterusnya ialah aksi derby Manchester membabitkan mereka dan Manchester City yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram