UCL: Manchester United Tewas Kepada Young Boys Dalam Aksi Sulong UCL 2021/22
Eropah
Getty Images
Advertisements

Manchester United tewas 1-2 menentang pasukan dari switzerland, BSC Young Boys dalam aksi pertama saingan kumpulan F, Liga Juara-juara UEFA di Stadium Wankdorf.

Manchester United bermula baik menerusi jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-13 selepas menerima hantaran ‘tuisan’ daripada Bruno Fernandes.

Namun Manchester United terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Bissaka dilayangkan kad merah pada minit ke-35 selepas melakukan terjahan keras kepada pemain Young Boys, Martins.

Advertisements

Ole Gunna Solkjaer lantas mengeluarkan Sancho dan digantikan Dalot untuk mengimbangi barisan pertahanan Manchester United.

Manchester United yang nyata tertekan dengan insiden kad merah Wan Bissaka akhirnya bolos pada minit ke-66 selepas Moumi Ngamaleu memanfaatkan bola muntah hasil sepakan rakan sepasukannya, Garcia.

Serangan tanpa henti Young Boys akhirnya membuahkan hasil selepas Theoson Siebatcheu berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan hasil kesilapan Lingaard yang gagal memerhatikan lokasi penyerang Yong Boys.

Advertisements

Kemenangan Young Boys ke atas Manchester United ini merupakan kemenangan pertama kelab Switzerland berkenaan ke atas Manchester United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram