Eropah
UEFA
Advertisements

Tidak sampai sejam keputusan undian pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah diketahui, UEFA akhirnya mengumumkan bahawa undian akan dilakukan semula disebabkan berlakunya masalah teknikal. Perkara tersebut terjadi ekoran UEFA tidak meletakkan nama Manchester United ke dalam balang undi untuk pertembungan antara Atletico Madrid.

Menurut Fabrizio Romano ” Ekoran masalah teknikal, undian akan dilakukan semula setelah berlaku kelopongan dalam undian tersebut”. Dalam satu kenyataan rasmi UEFA, ianya berikutan perisian pembekal perkhidmatan luar yang mengarahkan pegawai tentang pasukan mana yang layak untuk bermain antara satu sama lain”.

uefa UCL: Pertembungan Ronaldo & Messi Batal, Undian Dilakukan Semula

Malah pasukan Atletico Madrid membantah keputusan undian tersebut setelah kesilapan pihak penganjur yang tidak meletakkan nama Manchester United sedangkan United dibenarkan untuk bertemu dengan Atletico Madrid.

Advertisements

Setelah perbincangan semula UEFA menetapkan bahawa undian akan dilakukan semula. Malah ada bunyi-bunyi dari pihak luar tentang kemungkinan match fixing yang disengajakan supaya Manchester United bertemu Paris Saint Germain. Ini kerana kelibat Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam satu perlawanan mampu menarik perhatian peminat bola sepak dunia dan mampu menjana keuntungan yang tinggi dalam pelbagai sudut.

Nampaknya hasrat peminat untuk melihat pertembungan antara Ronaldo dan Messi kali ini tidak kesampaian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram