UCL: PSG Tewaskan Borussia Dortmund
Eropah
PSG
Advertisements

PSG memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan langkah kanan apabila menewaskan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund awal pagi ini.

Kedua-dua pasukan tahu kemenangan penting dalam Kumpulan F sekiranya mereka mahu layak ke pusingan 16 terbaik UCL. Ini disebabkan kumpulan itu digelar Kumpulan Maut selepas cabutan undi kumpulan UCL dibuat sekitar Ogos lalu.

Selain Les Parisien dan Die Borussen, Kumpulan F turut mengandungi kelab EPL, Newcastle United dan gergasi Itali, A.C. Milan.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan permulaan seimbang kedua-dua pasukan. Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan mengakibatkan PSG dan BVB terikat 0-0 sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah mula meningkatkan tekanan. Tekanan yang dikenakan berhasil apabila sepakan kapten Perancis, Kylian Mbappe terkena tangan Niklas Sule dalam kotak penalti.

Mbappe tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Die Borussen, Gregor Kobel pada minit ke-49.

Advertisements

Sembilan minit kemudian, bek kiri Maghribi, Achraf Hakimi pula mencipta nama sebagai penjaring. Selepas membuat hantaran satu dua dengan Vitinha, beliau melepaskan rembatan kencang menewaskan Kobel.

Pasukan pelawat cuba bangkit memburu gol saguhati tetapi percubaan mereka tidak berhasil. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini meletakkan PSG di tangga teratas kumpulan dengan tiga mata. Ini disebabkan Newcastle dan Milan seri tanpa jaringan di San Siro dalam satu lagi aksi kumpulan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram