UEFA Luluskan Permintaan Aneh Real Madrid
Eropah
Real Madrid
Advertisements

Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) kini telah meluluskan permintaan aneh Real Madrid menjelang aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Dua gergasi Eropah iaitu Real Madrid dan Manchester City bakal turun berentap di gelanggang keramat Stadium Santiago Bernabeu.

Real Madrid kemudian telah memohon kepada UEFA pada saat akhir untuk menutup atap bumbung stadium berkenaan sewaktu aksi menentang Manchester City kelak.

Advertisements

Tindakan tersebut bertujuan untuk menggamatkan lagi suasana stadium bagi memberikan tekanan kepada Manchester City apabila bermain dalam suasana tertutup dan dipenuhi sorakan penyokong Real Madrid.

Stadium Santiago Bernabeu yang mampu memuatkan hampir 85,000 penyokong ini telah siap diubah usai dan antara kecanggihan stadium tersebut ialah bumbung yang boleh dialih selain sistem padang yang boleh disimpan bawah tanah bagi acara besar seperti penganjuran konsert.

Ini bukan kali pertama Real Madrid bermain dengan bumbung stadium tertutup setelah RB Leipzig pernah mengalaminya sewaktu aksi pusingan 16 UCL tempoh hari.

Advertisements

Manchester City selaku juara bertahan pernah menyingkirkan Real Madrid diperingkat separuh akhir musim lalu dengan agregat 5-1.

Real Madrid kini dalam misi mendakap kembali trofi berharga UCL setelah kali terakhir memenangi kejuaraan itu pada musim 2021/2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram