UEFA Mahu Denda Celtic Kerana Pertahankan Palestin
Eropah
Anadolu Ajansi
Advertisements

Celtic berpotensi dikenakan denda oleh UEFA susulan tindakan penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin dalam stadium beberapa hari lepas.

Terbaru, ribuan penyokong The Hoops bertindak mengibarkan bendera negara Asia Barat itu sepanjang perlawanan.

Malah sebelum perlawanan UCL membabitkan Celtic dan Atletico Madrid bermula, 24 bendera Palestin bersaiz besar turut dikibarkan.

Advertisements

Tindakan ini dilakukan biarpun Celtic mengingatkan penyokong agar tidak membawa apa-apa objek yang berkait dengan konflik Palestin-Israel termasuk bendera ke stadium.

Susulan tindakan Green Brigade mengibarkan bendera Palestin dalam beberapa perlawanan, pengurusan Celtic bertindak tidak memberi tiket perlawanan di tempat lawan kepada mereka.

Tindakan tersebut tidak menghalang mereka daripada mengedarkan bendera kepada penyokong di luar stadium bagi membolehkan penyokong menyatakan sokongan kepada Palestin.

Advertisements

Perlawanan semalam menyaksikan pemain dan staf pasukan Celtic memakai lilitan hitam di lengan sebagai tanda bersedih dengan apa yang berlaku di Palestin.

Kelab turut mengumumkan telah membuat sumbangan derma kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa bagi membantu meringankan penderitaan mangsa yang terkesan.

Sky News melaporkan disebabkan kedegilan mereka, The Hoops kini berdepan kemungkinan didenda lagi atas apa yang berlaku.

Advertisements

Kali terakhir Celtic didenda kerana isu bendera Palestin ialah pada 2016. Pada ketika itu, mereka didenda £130,000 (RM752,000).

Green Brigade kemudiannya melancarkan kempen derma kilat bagi membantu kelab membayar denda berkenaan.

Lebihan wang daripada kempen tersebut kemudiannya didermakan untuk bantuan perubatan warga Palestin dan pembentukan akademi bola sepak di bawah nama Celtic.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram