UEL: Atalanta Tolak Liverpool Ke Ambang Penyingkiran
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool berdepan kemungkinan tersingkir dari Liga Europa UEFA (UEL).

Ini selepas pasukan yang dibimbing Jurgen Klopp itu tewas 3-0 kepada kelab Serie A, Atalanta dalam aksi pertama suku akhir di Anfield awal pagi ini.

Selepas disingkirkan Manchester United dalam suku akhir The FA Cup, Liverpool berusaha merealisasikan impian tiga kejuaraan sebagai hadiah perpisahan kepada Klopp.

Advertisements

Ini kerana jurulatih Jerman itu sudah mengumumkan bakal meninggalkan Anfield pada akhir musim ini.

Babak pertama menyaksikan jentera serangan The Reds melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah gawang pelawat.

Malangnya, jentera serangan tuan rumah diketuai Darwin Nunez gagal menembusi barisan pertahanan diketuai kapten, Marten de Roon.

Advertisements

Sebaliknya, La Dea membuatkan penyokong setia Liverpool membisu dengan gol pertama perlawanan pada minit ke-38 menerusi Gianluca Scamacca.

Tersentak, The Reds berusaha memburu gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Bersambung pada babak kedua, Klopp memasukkan Andrew Robertson, Dominik Szoboszlai dan Mohamed Salah untuk kembali memantapkan barisan tuan rumah.

Advertisements

Malangnya, perubahan yang cuba direncanakan bekas jurulatih Borussia Dortmund itu untuk mendapatkan gol penyamaan tidak membuahkan hasil.

Atalanta yang dibimbing Gian Piero Gasperini pula yang mendapat gol kedua menerusi Scamacca pada minit ke-60.

Pemain tengah Croatia, Mario Pasalic melengkapkan kecemerlangan La Dea dengan gol cantik pada minit ke-83. Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Meskipun tewas, Cody Gakpo dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini dengan 8.4 mata oleh Sofascore.

The Reds perlu mengatasi kelebihan agregat 3-0 Atalanta dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Gewiss jika ingin layak ke separuh akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram