FA Cup: Manchester United ‘Kitai’ Liverpool
Eropah
Manchester United
Advertisements

Manchester United mengesahkan kemaraan ke pusingan separuh akhir Piala FA selepas berjaya menewaskan Liverpool.

Pada babak pertama permainan, United terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Scott Mc Tominay yamg memanfaatkan bola muntah dihadapan gawang Liverpool sekaligus memberikan gol pertama buat United.

Bagaimanapun, sebelum wisel penamat aksi separuh masa pertama dibunyikan, Liverpool meledak dua gol menerusi Mac Allister dan Mo Salah. Kedua² jaringan ini telah memperdaya dan menewaskan penjaga gol United, Andre Onana.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Manchester United 1-2 Liverpool.

Bersambung aksi di babak kedua permainan, United turun dengan misi mencipta jaringan penyamaan sementara Liverpool disiplin bertahan.

Pertahanan United, Antony menyelamatkan pasukan pada minit ke-82 permainan untuk jaringan penyamaan. Jaringan itu sekaligus membawa perlawanan ke masa tambahan.

Advertisements

Di waktu kecederaan, Liverpool terlebih dahulu meledak menerusi Elliot. Namun jaringan Marcus Rashford dan A Diallo pada babak akhir permainan cukup dramatik sekaligus menjulang United.

Aksi tamat, Manchester United 4-3 Liverpool.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram