Ads
UEL: Bayern Leverkusen Benam AS Roma, Selangkah Ke Final
Eropah
Bayern 04 Leverkusen

Perlawanan separuh akhir pertama saingan Liga Europa pagi ini menyaksikan pertembungan diantara AS Roma menentang Bayern Leverkusen yang berakhir dengan keputusan 0-2.

Advertisements

Wakil daripada Itali, AS Roma turun dengan kesebelasan terbaiknya diketuai dengan Paulo Dybala. Pasukan daripada Jerman ini mahu meneruskan rekod tanpa kalahnya selepas 46 perlawanan. 

Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Advertisements
Advertisements

Pada minit ke-28 permainan, ayam tambatan Bayern Leverkusen, Florian Wirtz membuka jaringan pertama pasukan menerusi jaringan solo selepas melepasi beberapa pertahanan AS Roma. 

Separuh masa tamat, AS Roma 0-1 Bayern Leverkusen

Advertisements

Beberapa asakan yang dibuat oleh AS Roma gagal dalam separuh masa kedua masih gagal mencari sebarang gol. 

Pada minit ke-73 permainan, Robert Andrich menggandakan jaringan kedua buat Bayern Leverkusen menerusi sepakan deras luar kotak menewaskan penjaga gol AS Roma. 

Jurulatih AS Roma, Daniele De Rossi kemudiannya membuat beberapa pertukaran dengan mengeluarkan pemain utama seperti Lukaku dan Dybala. Namun, anak buah kendalian Xabi Alonso kekal bertahan memastikan tiada sebarang gol dapat dihasilkan lawan. 

Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. AS Roma 0-2 Bayern Leverkusen.

Selepas ini, aksi pusingan kedua bakal berlangsung di BayArena, Jerman pada minggu hadapan 10 Mei ini bagi penentuan layak ke pusingan akhir saingan Liga Europa.

Advertisements

Bayern Leverkusen ketika ini sedang hampiri treble selepas akan beraksi di perlawanan akhir saingan DFP Pokal dan bagi Liga Europa kini di separuh akhir. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram