Aksi saingan UEFA Europe League pagi ini menyaksikan Man United berjaya menewaskan kelab Greece, Paok.
Kedua buah pasukan membariskan kesebelasan terbaik bagi memburu kemenangan pertama dalam perlawanan keempat UEL.
Tiada jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan di separuh masa pertama, The Red Devils dilihat lebih menguasai permainan dengan 59 peratus sementara Paok hanya 41 peratus.
Pemain sayap Man United, Amad Diallo menjadi wira pasukan meledak dua gol pada minit ke-50 dan 77 permainan.
Hasil daripada itu, skuad kendalian Ruud Van Nisterooy berjaya meraih tiga mata berharga yang pertama dalam saingan UEL.
Kedudukan ketika ini menyaksikan Man United berada di tangga ke-15 dengan enam mata sementara Paok dia tangga kedua tercorot dengan satu mata sahaja.
Selepas ini, The Red Devils akan bertemu wakil Norway, kelab Bodo/Glimt dan Paok akan berdepan wakil Latvia, RFS pada 29 November ini.