Advertising
Ujian Berganda Shandong Taishan Hadapi JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab China, Shandong Taishan perlu mengharungi cabaran besar sebelum menentang Johor Darul Ta’zim (JDT). 

Jaguh China itu menamatkan cabaran Chinese Super League di tangga kelima hasil 13 kemenangan tatkala satu lagi pasukan, Shanghai Port muncul juara.

Ad

Skuad kendalian Kim Hyun-min bakal berdepan satu lagi ujian mencabar dan peluang untuk membawa pulang trofi apabila beraksi di pentas final Chinese FA Cup 2024.

Ad

Lawan yang menanti mereka adalah Shanghai Port yang turut beraksi dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Aksi yang bakal berlangsung pada 23 November itu hanya selang dua hari sebelum bertemu wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 November.

Ad

Skuad kendalian Hector Bidoglio memiliki pengalaman beraksi di China selepas berjaya mengikat Shanghai Port dengan keputusan 2-2 pada aksi pembukaan ACLE.

Ad

Shandong Taishan tewas kepada Pohang Steelers dengan keputusan 4-2 pada aksi keempat ACLE tempoh hari dan menjadikan hanya dua kemenangan daripada 5 aksi terakhir.

Ad

JDT yang masih segar dengan kemenangan menentang juara K-League 1, Ulsan HD dengan keputusan 3-0.

Aksi antara Shandong Taishan vs JDT dijadualkan berlangsung pada 26 November jam 8 malam.