Gergasi Liga Korea, Ulsan HD menerima tonik tambahan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
Skuad kendalian Hector Bidolgio dalam momentum cemerlang selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas Selangor FC.
Pasukan Harimau Selatan kini sudah melakar satu kemenangan dan satu seri berdepan wakil China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2.
Ulsan HD kendalian Kim Pan-gon dalam momentum kurang baik apabila tewas ketiga-tiga perlawanan ACLE menentang wakil Jepun.
Cabaran hebat bakal ditempuhi oleh Ulsan HD yang juga merupakan juara bertahan K-League apabila bertandang ke Stadium Sultan Inrahim.
Ulsan HD tunduk 2-1 kepada JDT pada aksi ACL Elite tahun 2022 dengan tewas tiga daripada 4 perlawanan menentang wakil Malaysia itu.
Pan-gon bagaimanapun mengotakan janjinya apabila membantu pasukan kembali ke landasan kemenangan selepas menundukkan Pohang Steelers di tempat lawan dengan keputusan 2-0.
Kemenangan itu membolehkan Ulsan HD mengukuhkan tempat di tangga teratas liga dengan kelebihan 4 mata sebelum turun dalam satu lagi aksi menentang Gangwon.
Aksi antara JDT vs Ulsan HD akan berlangsung pada 5 November jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim.