Ulsan Hyundai Hadapi Detik Getir Berdepan JDT
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Wakil K-League 1, Ulsan Hyundai berdepan saat sukar untuk mengekalkan momentum apabila mengharungi ujian hebat menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Pasukan gergasi Korea Selatan itu sedang menempuhi detik penting dalam liga bagi memburu kejuaraan pada musim ini.

Ulsan bakal menghadapi cabaran pasukan tangga ketiga liga, Gwangju pada 21 Oktober 2023 dalam misi untuk melebarkan kedudukan liga.

Advertisements

Pasukan bimbingan Hong Myung-bo perlu menghadapi tentangan wakil tunggal Malaysia, JDT selang dua hari dalam misi merakamkan kemenangan kedua di ACL.

Mereka dikecewakan oleh wakil Jepun, Kawasaki Frontale di gelanggang lawan dengan keputusan 1-0 tempoh hari sungguhpun merakamkan kemenangan berdepan BG Pathum United pada aksi pertama.

Secara keseluruhannya, Ulsan Hyundai merekodkan dua kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam 5 aksi terakhir pasukan.

Advertisements

Skuad Harimau Selatan pula kini dalam momentum terbaik apabila membenam Perak dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023.

JDT juga telah menewaskan BG Pathum United pada aksi kedua ACL di Thailand untuk meneruskan rentak cemerlang di Korea kali ini.

Untuk rekod, JDT mencatatkan 4 kemenangan dan satu kekalahan dalam 5 aksi terakhir dengan menjaringkan 16 gol dan hanya dibolosi 5 gol.

Advertisements

Aksi Ulsan dan JDT akan berlangsung pada 24 Oktober 2023 jam 6 petang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram