Ulsan HD Layak Ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025
Piala Dunia
Ulsan HD FC
Advertisements

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD mengesahkan kelayakan ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025.

Kelayakan ini berjaya dicapai selepas wakil Korea Selatan itu mengalahkan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/24.

Gol kemenangan The Tigers disumbang oleh pemain tengah menyerang, Lee Dong-gyeong pada minit ke-19.

Advertisements

Kemenangan ini sudah cukup untuk membantu Ulsan memintas kelab senegara, Jeonbuk Hyundai Motors di kedudukan ketiga kelayakan Piala Kelab Dunia FIFA 2025 AFC.

Kejohanan ini bakal berlangsung pada Jun dan Julai 2025 di Amerika Syarikat. Piala Kelab Dunia FIFA 2025 juga bakal menggunakan format baru dan penyertaan 32 pasukan dari enam konfederasi benua.

Bagi slot kelayakan benua Asia, dua slot awal telah diisi oleh Al-Hilal dan Urawa Reds. Kedua-dua pasukan layak kerana masing-masing muncul juara ACL edisi 2021 dan 2022.

Advertisements

Dengan tiga slot sudah diisi, Jeonbuk dilihat pilihan utama untuk mengisi slot terakhir kelayakan zon Asia.

Pasukan itu kini memerlukan Al-Hilal atau Ulsan untuk mara ke final dan muncul juara ACL edisi 2023/24.

Sekiranya hal itu berlaku, slot keempat yang sebelum ini diperuntukkan kepada juara ACL musim ini akan diberi kepada pasukan keempat terbaik dari segi ranking kelayakan iaitu Jeonbuk.

Advertisements

Walau bagaimanapun, kelab Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain berpotensi mencuri slot berkenaan daripada mereka.

Seandainya kelab itu berjaya mara ke final dan muncul juara ACL musim ini, Al-Ain menjadi wakil terakhir Asia layak ke Piala Kelab Dunia 2025.

Ketika ini, kelab yang diberi jolokan Al-Zaeem itu mendahului Al-Hilal 4-2 secara agregat selepas menang aksi separuh akhir pertama awal pagi tadi.

Advertisements

Kedua-dua pasukan bakal bersemuka buat kali kedua pada 23 April (awal pagi 24 April waktu Malaysia) untuk menentukan siapa bakal layak ke final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram