Ultras Penang Istighfar Panjang Lihat Pasukan Tersingkir
Dunia
Penang Football Club
Advertisements

Musim 2022 pasti mahu dilupakan segera oleh penyokong pasukan Penang FC. Selepas mengakhiri Liga Super di tangga tercorot, kini pasukan kesayangan mereka itu tersingkir di pusingan 16 terakhir Piala Malaysia selepas tewas kepada Kuching City FC.

Dalam perlawanan menentang Kuching City semalam, Penang dikejutkan dengan kekalahan 1-2 dan secara agregat mereka tewas 4-3 sekali gus gagal layak ke pusingan suku akhir.

Selepas melihat pasukan kesayangan mereka tersingkir, kumpulan penyokong Penang yang dikenali sebagai Ultras Panthers meluahkan kekecewaan di laman twitter milik mereka. Luahan kekecewaan itu dimulakan dengan istighfar yang panjang dan melabelkan musim 2022 sebagai satu kegagalan.

Advertisements

Dalam masa yang sama, Ultras Panthers juga mempersoalkan kualiti pemain Penang musim ini. Mereka berpendapat jika jurulatih terbaik dunia mengendalikan pasukan Penang, keputusan tetap sama kerana kualiti pemain yang kurang baik.

“Nak cakap apa lagi? Dengan kualiti player yang kita ada, kau panggil Alex Ferguson sekali pun, ini saja kualiti yang kita ada. Punca? Konon nak buat penjimatan. Deal pemain pun dah lambat, so orang kata yang tinggal ni kira sisa-sisa sajalah. Yang bagus semua orang sapu dah.

Advertisements

“Penyokong pergi merata tempat untuk sokong hangpa, dari Kedah sampai ke Sabah, tapi apa hasil yang hangpa bagi?,” luah Ultras Panthers lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram