Undian Piala AFF Suzuki 2020 Dijadualkan Penghujung September
Dunia
Twitter: @affsuzukicup
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 12 Sept – Penantian para penyokong untuk melihat aksi Harimau Malaya kembali bersinar apabila undian Piala AFF Suzuki dijadualkan bakal berlangsung hujung September ini.

Kejohanan berprestji ini sepatutnya berlangsung pada penghujung tahun lepas. Namun begitu, wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia terutamanya negara asia tenggara menyebabkan harapan para penyokong terpaksa ditangguhkan.

Oleh yang demikian, undian itu dijangkakan bakal berlangsung pada 21 September 2021 sekitar jam 2 petang di Singapura.

Advertisements

Sebelum ini, undian tersebut beberapa kali terpaksa ditangguhkan susulan Singapura mengambil langkah untuk membuat sekatan yang lebih ketat bagi membendung penularan wabak di sana.

AFF juga dikhabarkan akan memperkenalkan format baharu di peringkat kalah mati. mereka bakal menggunakan format kalah mati sekaligus menyebabkan tiada lagi perlawanan yang berlangsung secara timbal balik (Home & Away) seperti edisi tahun lalu.

Ini bermakna perlawanan separuh akhir hingga final akan berlangsung di gelanggang neutral yang bakal ditetapkan oleh penganjur.

Advertisements

Menurut satu ciapan oleh Asean Football, pertandingan tersebut dijadualkan bakal berlangsung pada tarikh 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022.

Ini sekaligus menambahkan lagi kehangatan bola sepak setelah saingan Liga Super juga bakal berakhir selain impian untuk melihat barisan pemain yang bakal menggalas cabaran negara kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram