J. League: Urawa Red Diamonds Mengganas, Mudah Baham Kawasaki Frontale
Dunia
J. League
Advertisements

Pertembungan dua gergasi Liga Jepun, Urawa Red Diamonds dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-1.

Kedua-dua pasukan turun dengan motivasi terbaik apabila saling bertukar serangan pada awal permainan.

Pasukan kendalian Ricardo Rodriguez jelas amat selesa beraksi di laman sendiri apabila melancarkan serangan awal dengan sangat efisien.

Advertisements

Tidak menunggu lama, gol pertama yang ditunggu-tunggu hadir menerusi tandukan cantik Atsuki Ito yang menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukan.

Ini jelas menjadi tonik terbaik buat Urawa Reds yang jelas menggandakan serangan ke arah gawang Kawasaki Frontale.

Kawasaki Frontale mahu menyamakan kedudukan namun tandukan Leandro Damiao berjaya ditempis keluar Nishikawa.

Advertisements

Pasukan berbaju mereh ini memperoleh gol kedua menerusi Yusuke Matsuo apabila rembatan kencangnya mudah menewaskan Sung-Ryong Jung.

Bersambung babak kedua, tidak banyak percubaan berbahaya berjaya dilancarkan tatkala kedua-dua pertahanan pasukan berjaya tampil dengan aksi terbaik.

Sepakan percuma Urawa Reds berjaya ditenpis keluar selain Leandro sekali lagi gagal menyempurnakan peluang terhidang di hadapan gawang.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pasukan pelawat mendapat gol saguhati menerusi Akihiro Ienaga dari sepakan penalti.

Memasuki minit ke-85, pemain tengah Urawa Reds, Ken Urao menghukum kealpaan pertahanan Kawasaki apabila mudah meledak gol ketika sekaligus mengesahkan 3 mata buat pasukan.

Kini, Urawa Reds berada pada kedudukan ke-8 dengan 32 mata manakala Kawasaki turun ke tangga ke-5 dengan 37 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram