Usaha Selangor Dapatkan Bekas Penyerang Turki Terhenti
Transfer
Deniz Hummet
Advertisements

Usaha Selangor untuk mendapatkan bekas penyerang Turki, Deniz Hümmet terhenti selepas pasukan itu difahamkan memilih untuk mencari pemain lain.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran di laman X berkenaan perkembangan pemain berusia 27 tahun itu yang dikaitkan dengan The Red Giants.

Beliau sebelum ini dikatakan berada dalam radar pasukan Selangor setelah dua tonggak penyerang iaitu Ayron Del Valle dan Richmond Boakye difahamkan mahu membawa haluan baharu.

Advertisements

Bekas pemain kebangsaan Turki b-21 tahun ini kini berkelana di Sweden bersama Kalmar FF dan membantu pasukan untuk menamatkan saingan liga di tangga ke-6.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak Eropah setelah beraksi bersama beberapa kelab seperti Troyes di Ligue 1 dan geegasi Sweden Malmo FF.

Hummet telah menjaringkan 86 gol dan 10 bantuan jaringan dalam 251 penampilan sepanjang karier profesionalnya.

Advertisements

Selangor bagaimanapun kini masih dalam perbincangan untuk mendapatkan bekas penyerang Ratchaburi FC, Alvin Fortes.

Selangor juga dikaitkan dengan beberapa berita perpindahan lain dalam misi menantapkan pasukan ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram