Penyerang Berbisa Selangor Tinggalkan Pasukan?
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kelibat penyerang berbisa Selangor FC, Richmond Boakye menjadi bualan peminat selepas terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa beliau tidak kekal bersama pasukan.

Bekas penyerang Red Star Belgrade itu tiba pada jendela perpindahan kedua untuk membantu menajamkan lagi jentera serangan pasukan.

Kelibat beliau bagaimanapun kelihatan samar dalam beberapa aksi penting sungguhpun berjaya membantu The Red Giants mara ke pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Advertisements

Pemain berusia 30 tahun itu menjadi pilihan kedua di belakang Ayron Del Valle yang muncul selaku pemenang kasut emas Liga Super 2023.

Pada musim ini, bekas penyerang Juventus itu hanya menjaringkan 6 gol dan tiga bantuan gol dalam Liga Super.

Advertisements

Penyerang berbisa Ghana ini merakamkam jaringan terakhir ketika bertemu PDRM bagi aksi terakhir Liga Super tempoh hari.

Menurut kemas kini laman Transfermarkt, Richmond kini bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama Selangor sudah pun tamat.

Advertisements

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi oleh mana-mana pihak berkenaan status beliau bersama pasukan ketika ini.

Menerusi beberapa laporan sebelum ini, terdapat beberapa perpindahan yang melibatkan pemain utama Selangor yang menarik minat kelab di Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram