Advertising
Usahawan ‘Bertanjak’ Pasang Minat Ambil Alih Kelantan FC
MakanBola
Kelantan FC

Teka teki mengenai pemilik baharu Kelantan FC seakan tidak berpenghujung apabila seorang lagi individu menunjukkan minat untuk membeli kelab tersebut.

Masa depan The Red Warriors sebelum ini hangat diperkatakan susulan pelbagai kontroversi dan masalah yang melanda pasukan.

Ad

Beberapa individu sebelum ini telah menunjukkkan minat yang begitu mendalam untuk mengambil alih pasukan Liga Super itu.

Ad

Bermula daripada perebutan antara Dato’ Seri Vida dan Erfan Gym & Fitness, siri pengambilalihan kelab ini masih tidak berpenghujung.

Terbaru, seorang usahawa ‘bertanjak’ pula menunjukkan keterujaan untuk menyelamatkan nasib bola sepak Kelantan.

Ad

Individu yang dikenali sebagai Fahdi Ghazali ini pula memasang niat untuk membeli Kelantan FC.

Ad

Sasaran utamanya adalah untuk membantu memulihkan masa depan pasukan.

Ad

Hasrat beliau ini disambut baik oleh para pengikutnya memandangkan beliau merupakan usahawan yang begitu dikenali di media sosial.

Sebelum ini, pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman telah menyatakan bahawa beliau berminat untuk melepaskan pasukan pada harga yang berpatutan.

Untitled design 13 Usahawan ‘Bertanjak’ Pasang Minat Ambil Alih Kelantan FC

Kelantan FC kini berada pada kedudukan ke-13 Liga Super selepas 20 perlawanan dengan 8 mata selepas hanya merekodkan dua kemenangan musim ini.