Uzbekistan Jinakkan Skuad B-17 Malaysia
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Skuad B-17 negara di bawah kendalian Osmera Omaro hari ini berdepan pasukan B-17 Uzbekistan di Stadium UITM, Shah Alam. Perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 2 itu menyaksikan pasukan negara tewas 3-2 kepada Uzbekistan.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan Malaysia diikat 1-1 oleh Uzbekistan. Jaringan pembukaan dihasilkan pasukan pelawat pada minit ke-12 permainan menerusi kapten pasukan, Mirzaev Lazizbek sebelum Malaysia berjaya menyamakan kedudukan enam minit selepas itu menerusi Farish Danish Mohd Asrul.

Separuh masa kedua pula bermula dengan dua pertukaran dilakukan pasukan Uzbekistan. Pertukaran tersebut terus membuahkan hasil apabila barisan serangan Uzbekistan tampak lebih bertenaga dan Uzbekistan terus mendominasi permainan.

Advertisements

Malaysia miliki peluang terbaik menerusi Arami Wafiy pada awal babak kedua permainan. Penyerang negara itu berjaya meloloskan diri sebelum melepaskan satu rembatan. Malangnya, rembatan beliau sekadar melewati palang.

Pada minit ke-56 permainan, Uzbekistan berjaya menewaskan penjaga gol negara. Bagaimanapun jaringan tersebut dibatalkan kerana pemain Uzbekistan dikesan berada dalam kedudukan offside oleh pembantu pengadil.

Uzbekistan akhirnya kembali mendahului perlawanan menerusi Uktamov pada minit ke-65 permainan. Percubaan dari luar kotak penalti tersebut cantik mengegar jaring sekaligus meletakkan Uzbekistan 2-1 dihadapan.

Advertisements

Skuad Uzbekistan terus garang meledak untuk jaringan ketiga pasukan. Sepakan percuma yang diberikan pengadil telah dimanfaatkan Uzbekistan apabila tandukan pasukan pelawat itu gagal diselamatkan penjaga gol negara, Farish Farhan.

Selepas jaringan tersebut terhasil, Malaysia tak mudah mengalah untuk terus menyerang. Skuad kendalian Osmera Omaro berjaya memastikan jaringan kedua dicatat selepas keadaan kucar kacir di kawasan penalti pasukan lawan dimanfaatkan Ryan Fahreen. Malaysia merapatkan kedudukan, 3-2.

Usaha Malaysia untuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian. Empat minit waktu kecederaan yang diberikan pengadil tidak mengubah keputusan perlawanan, Uzbekistan tewaskan Malaysia, 3-2.

Advertisements

Skuad B-17 negara bakal berdepan skuad B-17 Arab Saudi bagi aksi persabahatan seterusnya pada Jumaat kelak. Dua aksi persahabatan ini diadakan sebagai persediaan pasukan kebangsaan sebelum mereka berlepas ke Bangkok pada 12 Jun untuk menghadapi kempen Piala Asia B-17 2023.

Malaysia relah diundi dalam saingan Kumpulan A bersama tuan rumah, Thailand, Yemen dan Laos. Skuad B-17 kebangsaan akan memulakan kempen bertemu Yemen di Stadium Thammasat pada Khamis, 15 Jun 2023 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram