Van Dijk Cuba Takutkan Chelsea
EPL
Liverpool FC
Advertisements

Ketua pasukan Liverpool, Virgil Van Dijk cuba untuk menakutkan Chelsea menjelang aksi perlawanan akhir Piala Carabao 2024 esok malam.

Liverpool berisiko besar kehilangan tonggak utama pasukan iaitu Mohamed Salah dan Diego Jota.

Oleh itu, pemain kebangsaan Belanda itu memberi amaran kepada Chelsea agar tidak memandang remeh tentang kemampuan sebenar The Reds meskipun tanpa tonggak utama. 

Advertisements

Beliau percaya sesiapa pemain yang sudah menyarung jersi Liverpool sudah bersedia untuk berikan aksi terbaik buat pasukan. 

“Jika mereka memandang ringan kami maka itu masalah mereka. Faktor ketakutan itu, kami tidak mempunyai pengaruh mengenainya,” kata kapten Belanda itu dipetik daripada Stadium Astro

Advertisements

“Saya fikir pemain yang datang kemudian perlu meningkatkan dan menunjukkan mereka salah. Saya fikir itu satu-satunya cara untuk melakukannya.

“Saya rasa kami mempunyai kualiti yang cukup untuk membaca lawan. Pemain yang datang perlu menunjukkannya,” katanya. 

Advertisements

“Semua orang perlu meningkatkan dan mereka yang bermain perlu memberikan hasil untuk mendapatkan keputusan.

Pertahanan berusia 32 tahun itu optimis Liverpool bakal menjadi juara bagi edisi kali ini. 

Advertisements

“Saya fikir jika anda bermain untuk Liverpool, anda sudah menjadi pemain yang bagus, jadi pergi ke sana dan buat semua orang bangga,” katanya lagi.

The Reds kini berada dalam momentum terbaik apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut. 

Perlawanan akhir itu akan berlangsung di Stadium Wembley, England pada hari Ahad, esok jam 11 malam waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram