VAR Batalkan Dua Hajat Besar Perak & PDRM
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Sistem bantuan video pengadil (VAR) menjadi penghalang kepada Perak FC dan PDRM FC daripada mendapatkan kelebihan gol dalam aksi terbaru Liga Super hari ini.

Perak dan PDRM berentap di Stadium Perak hari ini untuk mendapatkan kemenangan pertama dalam liga.

Ini selepas The Bos Gaurus dan The Cops masing-masing tewas kepada Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam aksi pembukaan liga.

Advertisements

Selepas Perak mendahului 1-0 menerusi Tommy Mawat Bada pada minit kesembilan, PDRM menyangka mendapat talian hayat pada minit ke-15.

Pasukan itu ceria seketika apabila dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Muhammad Munir Mohd Izam. Ini selepas Kamal Arif Shakimar didakwa menjatuhkan Ifedayo Olusegun.

Advertisements

Walau bagaimanapun, selepas diminta menyemak semula insiden itu atas nasihat pegawai VAR, Mohd Fussir Mad Sallih, beliau membatalkan penalti yang diberi sebelumnya.

Nasib sama kemudiannya menimpa Perak pada minit ke-33 tatkala kedua-dua pasukan terikat 1-1. The Bos Gaurus diberi sepakan penalti selepas bola didakwa terkena tangan pemain PDRM dalam kotak penalti.

Advertisements

Mohd Fussir kemudiannya menasihati Munir untuk menyemak kembali insiden di monitor. Selepas menyedari bola terkena bahu pemain PDRM dan bukan tangan seperti didakwa, beliau membatalkan penalti kepada tuan rumah.

Disebabkan tempoh semakan yang lama, Munir kemudiannya menambah 11 minit masa tambahan untuk perlawanan malam ini.

Advertisements

Ketika ini, kedua-dua pasukan masih terikat 1-1 dengan perlawanan kini memasuki minit ke-55.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram