Advertising
VAR ‘Ganti’ Penalti KL City
MakanBola
KL City FC

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) telah membatalkan penalti yang mungkin diberikan kepada KL City ketika bertemu Negeri Sembilan.

Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menoktahkan kemenangan.

Aksi itu bagaimanapun dihiasi dengan pelbagai insiden termasuklah pelanggaran penyerang berbisa The City Boys, Patrick Reichelt yang bertembung dengan perancang tengah Jang, Jacque Faye.

Ad

Keadaan semakin rancak apabila penggunaan VAR diuji buat pertama kalinya selepas keadaan kelam-kabut sebelum bola dikatakan mengenai tangan salah seorang pertahanan pasukan pelawat.

Semakan pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Kathimin kepada pengadil VAR, Tuan Mohd Yasin mengesahkan bahawa tiada sepakan penalti diberikan kepada KL City selepas analisis ulang tayang dilakukan.

Ad
Ad

Anak buah Miroslav Kuljanac bagaimanapun tidak menunggu lama apabila gerakan cantik barisan serangan akhirnya memberikan gol pertama menerusi rembatan Zhafri Yahya.

Ad

KL City bagaimanapun memperoleh sepakan penalti selepas Patrick ditolak dalam kotak penalti yang mudah disempurnakan oleh kapten pasukan, Paulo Josue.

Pertahanan Negeri Sembilan, Che Rashid menerima hukuman daripada tindakannya apabila dilayangkan kas kuning oleh pengadil perlawanan.