Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pasukan Sabah hari ini telah memperkenalkan jersi ‘Away’ untuk tahun 2023.

Advertisements

Jersi terbaru itu diberi gelaran ‘Sumandak’ yang mana ia merupakan jersi tribute kepada ‘Sumandak-Sumandak Sabah’ yang telah hadir membanjiri Stadium Likas memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang aksi Liga Malaysia musim lepas.

Video yang berdurasi satu minit itu memaparkan jersi serba indah dengan padanan warna putih dan merah. Rata-rata penyokong serta peminat pasukan Sabah menyambut baik dan melontarkan respon positif terhadap rekaan jersi terbaru itu.

Advertisements

Menerusi tinjauan MakanBola di beberapa platform media sosial, ramai dalam kalangan netizen memuji idea penghasilan video tersebut. Selain keterujaan peminat melihat rekaan jersi yang cukup simple dan minimalist itu, jalan cerita serta isi kandungan dalam video itu turut menarik perhatian ramai.

Pada musim 2022, pasukan The Rhinos berjaya menyatukan kira-kira lima peratus populasi penduduk Sabah untuk hadir ke stadium memberi sokongan kepada pasukan.

Advertisements

Secara keseluruhan, Sabah FC berjaya merekodkan seramai 180,000 ribu jumlah penonton pada musim lepas. Yang lebih menariknya, 70,000 ribu daripada jumlah penonton itu datangnya daripada penyokong-penyokong wanita.

Tahun ini, Sabah dijangka akan terus menjadi pasukan tumpuan dalam saingan Liga Malaysia 2023. Skuad kendalian Ong Kim Swee ini juga bakal berentap di pentas Asia dalam kejohanan Piala AFC musim ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram