Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Stadium Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan dan buah mulut peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Advertisements

Hal ini disebabkan oleh rakaman dron yang memaparkan suasana meriah di stadium berkenaan ketika JDT menjulang trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Penang FC yang lalu.

Video dron tersebut dimuatnaik di semua media sosial rasmi JDT dan meraih hampir 500 ribu tontonan selain 28 ribu ‘likes’ dari para peminat di instagram rasmi JDT.

Advertisements

Malah video tersebut mendapat reaksi postif dari rata-rata peminat Harimau Selatan yang kagum dengan atmosfera di Stadium Sultan Ibrahim yang begitu mengujakan itu.

Dron tersebut terbang mengelilingi sekitar stadium canggih itu dan merakam para penonton yang bersorak meraikan kemenangan juara Liga Super 2023 itu.

Advertisements

Untuk rekod, Stadium Sultan Ibrahim yang berkapasiti 40,000 dibuka pada 22 Februari 2020 dan menjadi gelanggang rasmi buat pasukan JDT sejak musim 2020.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram