[Video] Tandukan Cantik Junior Eldstal Bantu Chonburi FC Raih Kemenangan
Asia
Chonburi FC & Astro Arena
Advertisements

Pemain pertahanan Malaysia, Junior Eldstal yang kini berkelana di bumi Thailand berjaya membantu pasukannya, Chonburi FC membawa pulang tiga mata penuh dalam saingan Thai League 1 semalam. Pasukan Chonburi FC berjaya mengatasi Port FC 2-1.

Pada minit ke-48, Junior Eldstal merapatkan kedudukan setelah Chonburi FC ketinggalan 1-0 di awal babak permainan. Menerusi hantaran lintang daripada Worachit, Junior menyempurnakan hantaran itu dengan satu tandukan cantik sekaligus menewaskan penjaga gol lawan.

Pertahanan Chonburi FC ini diturunkan dalam kesebelasan utama ketika perlawanan semalam. Aksi bertenaga yang ditampilkan pemain kelahiran Kota Kinabalu ini telah mencuri tumpuan peminat Chonburi FC.

Advertisements

Untuk rekod, jaringan Junior Eldstal semalam merupakan gol pertamanya dalam saingan Thai League 1 pada musim ini. Diturunkan sebagai bek tengah pasukan, khidmat Junior Eldstal pasti akan terus ditagih skuad kendalian Sasom Pobprasert.

Selepas menharungi 10 perlawanan, Chonburi FC berjaya mencatatkan 4 kemenangan, 3 keputusan seri dan 3 kekalahan. Chonburi FC kini di tangga kelima saingan Liga Thai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram