Vietnam Lega Malaysia B-22 Tidak Panggil Arif Aiman & Luqman Hakim
Harimau Malaya
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ramai penyokong Malaysia merasa kecewa apabila nama Arif Aiman Hanapi dan Luqman Hakim Shamsudin tidak dipanggil menyertai skuad B-22 untuk Sukan SEA 2023. Tetapi bagi pemenang pingat emas acara berkenaan pada edisi lepas iaitu Vietnam, ia memberi satu kelegaan kepada mereka.

Kedua-dua pemain ini tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Njardvik berikutan Sukan SEA tidak berada dalam kalendar FIFA. Dengan Luqman juga sedang menyesuaikan diri dengan pasukan itu di Iceland, UMFN pastinya tidak mahu mengganggu proses berkenaan.

Menurut laporan Zing News, duo ini dianggap merbahaya kerana mampu memperkuat bahagian serangan anak-anak buah E. Elavarasan itu terutama Arif Aiman. Dengan statusnya sebagai Pemain Paling Berharga (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2022 dan prestasi konsistennya bersama JDT musim ini, mana-mana pasukan pasti gerun melihat kelibatnya.

Advertisements

Vietnam menyangka tanpa duo berkenaan, mereka boleh melepasi cabaran Kumpulan B dengan mudah. Selain Malaysia dan Vietnam, Thailand, Laos dan Singapura melengkapkan senarai pasukan dalam kumpulan berkenaan.

Begitupun, anak-anak buah Philippe Troussier terlupa skuad B-22 negara masih dibarisi ramai pemain berkaliber. Antara nama-nama yang dipanggil ialah Mukhairi Ajmal (Selangor), Fergus Tierney (JDT II), Sikh Izhan Nazrel (Negeri Sembilan) dan kapten Azam Azmi Murad (Terengganu).

Biarpun bakal berdepan cabaran skuad Naga Emas dan Thailand di peringkat kumpulan, anak-anak buah Elavarasan bersedia mengejar sasaran layak ke final Sukan SEA edisi kali ini.

Advertisements

Acara bola sepak Sukan SEA 2023 di Kemboja bakal bermula pada 29 April ini. Skuad B-22 negara bakal memulakan cabaran mereka dalam Kumpulan B dengan turun menentang Laos pada 3 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram