Vietnam Malukan China 3-1
Dunia
AFC
Advertisements

Selepas 8 perlawanan, wakil Asia Tenggara di pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia, Vietnam berjaya menewaskan China 3-1 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Jaringan Vietnam dihasilkan oleh Ho tan Tai 9′, Nguyen Tien Linh 16′ dan Phan Van Duc 76′ manakala gol tunggal China dijaringkan oleh Xu Xin pada masa kecederaan separuh masa ke-2.

Kemenangan ini merupakan kemenangan pertama Vietnam di pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022 selepas 8 perlawanan di mana sebelum ini mereka tewas dalam kesemua 7 perlawanan menentang Arab Saudi, Jepun, Australia, Oman dan China (di tempat lawan).

Advertisements

Arab Saudi dan Jepun bersaingan sengit untuk menjuarai kumpulan B dengan Arab Saudi memperoleh 19 mata manakala Jepun 18 mata selepas 8 perlawanan.

Vietnam bakal bertemu Oman pada 24 Mac 2022 dan jepun pada 29 Mac 2022 untuk melengkapkan pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=J4NnB70fVlM

Piala Dunia 2022 dijadualkan berlangsung November ini di Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram