Vietnam Mara Ke Piala Dunia 2023
MakanBola
Vietnam/Asian Football Federation
Sponsors

Vietnam menewaskan Taiwan 2-1 dalam Piala Asia Wanita AFC sekaligus melayakkan diri ke Piala Dunia Wanita FIFA buat kali pertama dalam sejarahnya di Stadium D.Y Patil di Navi Mumbai pada hari Ahad.

Perlawanan yang diadakan di bawah cuaca panas terik jelas memberikan kesan kepada pemain Taiwan yang bergelut membiasakan diri dengan cuaca panas di India.

Ad

P/s: Video rumusan perlawanan di akhir artikel.

Ad

Penguasaan bola yang baik dari kem Vietnam memberikan hasil awal menerusi jaringan Chuong Thi Kieu pada minit ke-6.

Taiwan walaubagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-50 menerusi jaringan Su Hy-Ysuan.

Ad

Vietnam sekali lagi di hadapan selang 6 minit kemudian menerusi jaringan Nguyen Thi Bich Thuy yang berjaya merempat masuk hasil sentuhan satu dua hantaran lintang Thai Thi Thao di sayap kiri.

Ad

Taiwan hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat automatik namun Vietnam lebih bernasib baik yang sebelum ini turut menewaskan Thailand 2-0.

Ad

Taiwan dan Thailand masih mempunyai peluang untuk layak ke Piala Dunia Wanita yang dijadualkan berlangsung di Australia/New Zealand pada tahun 2023.

https://www.youtube.com/watch?v=Vl2eACWFOm0

Selain Vietnam, rakan Asia Tenggara lain, Filipina turut berjaya mara ke pusingan akhir Piala Dunia Wanita 2023.