Filipina Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama Dalam Sejarah
Dunia
AFC
Advertisements

Setelah memperagakan aksi yang cukup memberangsangkan dalam tiga perlawanan Piala Asia Wanita 2022, pasukan bola sepak wanita buat pertama kalinya dalam sejarah telah pun mengesahkan tempat ke dalam pusingan akhir Piala Dunia Wanita yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2023.

Diundi dalam kumpulan B bersama tiga lagi pasukan yang tidak kurang hebatnya iaitu Australia, Thailand dan juga Indonesia nyata tidak melemahkan semangat pasukan ini untuk terus konsisten memperagakan aksi cemerlang bagi memastikan slot ke Piala Dunia 2023 berada dalam genggaman.

Filipina menang aksi pembukaan menentang Thailand sebelum tewas kepada Australia dan menutup aksi kumpulan dengan jayanya apabila membelasah pasukan wanita Indonesia dengan keputusan 6-0.

Advertisements

Persembahan cemerlang ini diteruskan sehingga ke peringkat suku akhir bertemu dengan Taiwan. Sungguhpun terikat dengan keputusan 1-1 sehingga ke masa tambahan, namun mereka tidak melepaskan peluang terhidang ini untuk menang dengan keputusan 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

Ini sekaligus menjadi rekod baharu buat negara itu setelah berjaya menempah tiket ke pentas berprestij itu.

Advertisements

Pada aksi separuh akhir Piala Asia yang dijadual berlangsung pada 3 Februari nanti, Filipina bakal berdepan gergasi Asia, Korea Selatan bagi merebut peluang untuk mara ke pentas akhir kejohanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram