Pasukan kebangsaan Vietnam kini mempersiapkan pasukan terbaik menjelang pertemuan menentang Malaysia.
Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal mengharungi aksi terakhir Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 menentang jaguh Asia Tenggara itu di gelanggang lawan.
Malaysia telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dibawa sebagai persiapan ke Thailand dengan berlakunya beberapa perubahan besar dalam skuad semasa.
Harimau Malaya tanpa tujuh pemain utama termasuklah beberapa pemain lain seperti Arif Aiman dan juga Romel Morales pada posisi serangan.
Sementara itu, Vietnam yang menduduki tangga ke-108 dunia mempertaruhkan barisan terbaik sungguhpun sudah mengesahkan tempat ke pentas Piala Asia 2027 Arab Saudi.
Kepulangan tunjang utama bahagian pertahanan, Doan Van Hau yang sudah pun lama tersisih sementara turut membawa duo naturalisasi baharu iaitu penyerang, Nguyen Xuan Son dan perancang tengah, Do Hoang Hen.
Khidmat Hoang Hen telah pun secara rasminya digunakan saat Vietnam menewaskan Bangladesh dengan keputusan 3-0 pada satu aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 2026, baru-baru ini.
Sebagai rekod, Malaysia menang 4-0 pada pertemuan terakhir bertemu Vietnam, Jun lalu namun kemenangan tersebut dibatalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan berlakunya penurunan pemain tidak sah.
Aksi Vietnam vs Malaysia dijadual pada 31 Mac 2026 jam 8.00 malam (waktu Malaysia) di Nam Dinh.