Vietnam Uji Bangladesh Sebelum Layan Harimau Malaya
MakanBola
VFF/BFF

Vietnam menjadikan pasukan Asia Selatan, Bangladesh sebagai lawan pemanas badan sebelum turun menentang Harimau Malaya.

Portal TheThao247 melaporkan aksi persahabatan itu akan diadakan pada 26 Mac, lima hari sebelum aksi terakhir Kumpulan F menentang Malaysia.

Aksi ini dilihat bukan saja sebahagian daripada persiapan anak buah Kim Sang-sik menentang Harimau Malaysia

Malah, ini juga peluang buat kedua-dua pasukan mengumpul mata ranking FIFA. Vietnam pastinya ingin memperbaiki ranking mereka selepas jatuh ke kedudukan ke-108 baru-baru ini.

Meskipun menduduki ranking ke-180 dunia, Bangladesh dilihat sibuk membentuk pasukan dengan merekrut ramai pemain warisan.

Antara pemain yang dibawa masuk untuk skuad bimbingan Javier Cabrera itu ialah Hamza Choudhury, Cuba Mitchell, Shamit Shome dan Zayyan Ahmed.

Nama Choudhury cukup dikenali ramai kerana menjadi sebahagian daripada pasukan Liga Kejohanan, Leicester City. Beliau juga merupakan pemenang Emirates The FA Cup dan Perisai Komuniti.

Aksi persahabatan ini dijangka berlangsung di Stadium Thien Truong. Ini kerana stadium ini juga akan menjadi tuan rumah aksi Vietnam dan Malaysia pada 31 Mac.