Villareal Bakal Buka Akademi Bola Sepak Di Malaysia
Dunia
Villareal CF
Advertisements

Pasukan gergasi La Liga, Villareal CF mengumumkan bahawa mereka akan membuka akademi bola sepak yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kelab, projek yang dinamakan sebagai Akademi Villareal Malaysia ini merupakan salah satu daripada perancangan projek pengembangan akademi kelab di peringkat antarabangsa.

Malah, akademi ini memberi peluang kepada individu seawal usia tiga tahun sehingga 21 tahun untuk menyertai kelab dengan sasaran sebanyak 400 orang pemain dan juga 20 orang barisan kejurulatihan dijangka menjadi sebahagian daripada projek ini.

Advertisements

Aktiviti secara rasmi dijangka bakal bermula pada bulan Ogos ini dengan objektif untuk memberi ruang kepada semua bakat muda untuk menjadi sebahagian daripada kelab.

Malah, pemain tidak akan hanya berlatih di bawah sistem bola sepak Eropah tetapi turut berpeluang untuk dibawa berlatih ke Sepanyol selain mengadakan perlawanan persahabatan bersama pemain akademi Villareal di sana.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Msssimo Giannelli, CEO Akademi Villareal Malaysia, mereka teruja untuk berkolaborasi dengan kelab ini.

Advertisements

“Sasaran kami adalah untuk memartabatkan Akademi Villareal Malaysia sebagai porgram pembangunan bola sepak terbaik di Malaysia.”

“Misi kami adalah untuk menjadi akademi yang inklusif dan membuka peluang kepada semua orang selain menyemai rasa cinta terhadap bola sepak.”

Sebagai rekod, Villareal CF mempunyai banyak lagi akademi di luar negara selain daripada Akademi Villareal Malaysia yang menjadi sebahagian daripada projek Akademi Villareal. The Yellow kini sedang giat bekerja di negara-negara seperti USA, Kanada, Mexico, Bolivia, Australia, Korea Selatan dan juga Malaysia.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram