Bintang muda negara dan juga penyerang KV Kortrijk (KVK), Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan bahawa beliau mendapat amanat istimewa daripada Tan Sri Vincent Tan ketika melakukan penampilan sulung menentang Anderlecht.
Another debut boy! Keep working hard Luqman! 🙌🇲🇾
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 24, 2020
🔴⚪️ #TheJourneyOfLuqie #KVKAND pic.twitter.com/UpaACstMmH
Bercakap kepada media, Luqman menyatakan bahawa Vincent Tan menasihatinya supaya jangan takut dan mengharumkan nama negara serta membanggakan penyokong yang selama ini mendukungnnya.
Walaupun KV Kortrijk kalah dalam perlawanan tersebut, Luqman yang membuat debut pada 15 minit terakhir perlawanan berjaya menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukannya yang berjaya disudahi oleh Ilombe Mboyo pada minit ke-87.
87' GOOOOAAAAAALLLL! Mboyo scoort vanop de stip!
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) October 23, 2020
1-3 | #KVKAND #COYR pic.twitter.com/Hju0QCcDtT
Menurut Luqman, beliau semakin bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama KV Kortrijk pada masa akan datang. Malah amanat daripada Vincent Tan menjadi pemangkin semangat untuk beliau beraksi dengan baik. Luqman juga bersedia untuk mencari jaringan pertamanya di saingan Jupiler Pro League.
Dalam masa yang sama, Tan Sri Vincent Tan tanpa berselindung mendedahkan beliau gembira apabila Luqman diturunkan.
“Saya yakin beliau akan menjaringkan jaringan sulungnya tidak lama lagi apabila diturunkan dengan lebih kerap. Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan semalam namun aksi Luqman sudah cukup baik untuk perlawanan pertamanya di dalam liga,” katanya.
Bintang bola sepak remaja, Luqman Hakim Shamsudin ditawarkan untuk menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk.
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) September 20, 2019
Perkara itu diumumkan oleh pemilik kelab berkenaan, Tan Sri Vincent Tan dan disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, @SyedSaddiq di ibu negara hari ini. pic.twitter.com/yYy85R86Ab