Vincent Tan Kekal Pemilik KV Kortrijk
Eropah
@UpShotTowers
Advertisements

Jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan memutuskan untuk kekal sebagai pemilik kelab Belgium, KV Kortrijk.

Keputusan tersebut dibuat selepas Kaminski Group gagal memenuhi tarikh akhir pembayaran ansuran pertama untuk pembelian kelab berkenaan pada 6 Julai lalu.

Kaminski Group sebelum ini dilaporkan cuba mendapatkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada musim lepas tetapi gagal.

Advertisements

Susulan itu, urusan penjualan yang dipersetujui sebelum ini dibatalkan dengan pemilik Cardiff City itu kini fokus membantu Kortrijk bersedia untuk musim baru Belgian Pro League.

“Penjualan saham Vincent Tan kepada Kaminski Group secara rasmi tidak diteruskan. Justeru, proses penjualan kelab telah dihentikan dan Vincent Tan akan terus memberi komitmen beliau (kepada kelab).

“Sejak beberapa musim, pemilik kami sudah melabur dalam pelbagai jenis sukan dan bahagian operasi kelab. Beliau akan meneruskannya pada masa hadapan seperti contoh, pembinaan pusat latihan baru di Kouterveld,” kata pengurusan Kortrijk dalam satu kenyataan.

Advertisements

De Kerels berjaya melepaskan diri dari zon penyingkiran liga musim lepas dengan menduduki tangga ke-14.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram