Vincent Tan Sedia Jual KV Kortrijk
Eropah
@is_xs
Advertisements

Selepas beberapa tahun memiliki kelab Belgium, KV Kortrijk, jutawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan pemilikan kelab tersebut. Pemilik kelab Cardiff City itu menjual De Kerels kepada jutawan berdarah Poland-Amerika Syarikat, Maciek Kaminski.

Perkara ini diumumkan Kortrijk menerusi satu kenyataan rasmi yang disiarkan di laman sesawang kelab hari ini.

Bagi Tan, ia dilihat satu langkah yang tepat lebih-lebih lagi bagi membantu Kortrijk mara ke hadapan selepas ini.

Advertisements

“Saya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya. Encik Kaminski ialah seorang pemilik yang bagus kepada kelab dan sudah mempunyai pengalaman dalam bola sepak.

“Saya fikir dia akan membawa kelab ke kemuncak yang lebih tinggi. Saya mahu mengucapkan peluang ini untuk berterima kasih kepada para penyokong, staf dan bandar ini untuk sokongan mereka sepanjang tempoh saya berada di sini,” kata Tan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum penjualan kelab itu dimuktamadkan, pemilik Burnley, Alan Pace turut menyatakan minat untuk mendapatkan De Kerels. Bagaimanapun, tawaran Kaminski dilihat lebih menarik minat Tan pada akhirnya.

Advertisements

Sebelum mendapatkan Kortrijk, jutawan Poland-Amerika Syarikat itu turut dikaitkan dengan cubaan memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada tahun lepas. Tetapi itu gagal direalisasikan dengan Kaminski kini bergelar pemilik baru Kortrijk.

Selain Tan, pengarah urusan Kortrijk, Ken Choo juga akan meninggalkan kelab itu sebaik perjanjian berkenaan dimuktamadkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram