Pasukan Liga Super, Kelantan FC dikhabarkan sudah pun mencapai persetujuan untuk membawa masuk pemain kelahiran Jepun, Ryohei Michibuchi.
Pemain kelahiran Jepun itu merupakan pemain yang pernah beraksi di pentas tertinggi bola sepak Eropah apabila beraksi bersama salh sebuah kelab Serbia, FK Radnicki.
Beliau yang telah pun tamat kontrak di sana mula digembar-gemburkan akan datang menyertai The Red Warriors musim 2023.
Hal ini telah pun disahkan oleh pemain baharu Kelantan, Gerald Gadit apabila memuat naik sekeping gambar yang memaparkan wajah pemain tersebut.
Dalam foto tersebut kelihatan wajah Michibuchi difahamkan sudah tiba di Kota Bharu sekaligus bakal menjadi import terbaru Kelantan.
Pemilik Kelantan FC, Zamsaham sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk membawa skuad Kelantan kali ini ke arah yang lebih baik.
Ini juga sebagai usaha untuk memantapkan lagi jentera tengah pasukan menjelang musim baharu.
Michibuchi bukan asing dalam arena bola sepak Korea Selatan kerana pernah beraksi bersama Chungnam Asan selama semusim pada 2021.
Selepas beraksi bersama kelab Liga Korea 2 itu, awang import Jepun itu berkelana ke Eropah untuk beraksi dengan kelab Serbia, Radnicki Nis.

Ini menjadikannya sebagai pemain Jepun kedua beraksi bersama kelab berkenaan selepas Ryota Noma.