Terlucut Wajah Sebenar ‘RM 446 Juta’ Darwin Nunez
Dunia
Liverpool FC
Advertisements

Kelibat penyerang baharu Liverpool FC, Darwin Nunez masih lagi kekal dipantau oleh penyokong bola sepak serata dunia sehingga kini.

Terbaru, pemain bintang sensasi Benfica ini dibawa masuk dengan tanda harga sebesar € 100 Juta masih lagi gagal membawa impak yang diharapkan.

Sungguhpun telah meledak 4 gol ketika menentang RB Leipzig tempoh hari, beliau jelas gagal mengekalkan prestasi yang sama ketika berdepan RB Salzburg semalam.

Advertisements

Pemain kebangsaan Uruguay ini berada dalam keadaan yang tidak bersedia setiap kali menerima hantaran daripada rakan sepasukan malah gandingan bersama Mohamed Salah dan juga Luiz Diaz masih lagi tidak membentuk persefahaman yang diharapkan.

Terbaru, berdasarkan satu ciapan di Twitter, Nunez menunjukkan bahawa beliau masih belum mendapat rentak sebenar apabila gagal mencatat percubaan berbahaya ke arah gawang RB Salzburg.

Bukan itu sahaja, banyak peluang terhidang yang diperoleh anak didik Jurgen Klopp gagal disempurnakan sekaligus menyebabkan mereka tewas 1-0 dalam perlawanan pra musim ini.

Advertisements

Kehilangan Sadio Mane yang berhijrah ke Bayern Munich selain kecederaan Diogo Jota telah meletakkan harapan dan beban yang cukup besar buat pemain muda ini menggalas tugas.

Liverpool kini dalam usaha untuk merampas kejuaraan liga daripada seteru utama mereka, Manchester City.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram