Wan Ahmad Kuzri Sedia Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan B-23
Dunia
FAMalaysiaOfficial
Advertisements

Pemain muda berbakat, Wan Ahmad Kuzri menyatakan minat untuk sedia beraksi bersama skuad kebangsaan B-23 bagi Kejohanan B-23 AFF 2022 yang akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.

Perkara ini telah dikongsikan oleh Brad Maloney yang mengakui sangat memerlukan khidmat Wan Kuzri untuk turut sertai skuad kebangsaan di kem latihan secepat yang mungkin.

Tambah Brad, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysa (FAM) sedang berusaha untuk membantu masalah peribadi yang dihadapi Wan Kuzri di Amerika Syarikat.

Advertisements

“Saya telah berbual dengannya semalam dan dia kelihatan amat berminat untuk turut serta namun kini kita kesuntukan masa, harap-harap dia boleh sertai skuad secepat mungkin.”

“Sekiranya dia kembali ke Kuala Lumpur, dia perlu menjalani kuarantin untuk tempoh tertentu dan sebaik sahaja dia menyelesaikan urusannya di AS, kita akan buat keputusan muktamad berhubung perkara itu,” kata Brad Maloney kepada Bernama.

Brad dalam pada itu akui Wan Kuzri seorang pemain yang berkualiti. Namun, itu tidak menjamin tempat untuk Wan Kuzri berada dalam senarai akhir skuad kebangsaan.

Advertisements

Jurulatih kelahiran Australia itu menyatakan bahawa setiap pemain di kem latihan mempunyai peluang yang sama untuk membuktikan kebolehan masing-masing barisi skuad kebangsaan ke Kejohanan AFF B-23.

“Semua orang memiliki peluang yang sama… seperti yang saya telah katakan pintu kami sentiasa terbuka, jadi masih terdapat ramai pemain yang layak menyertai pasukan ini dan kami sentiasa berfikiran terbuka mengenainya,” kata Brad Maloney kepada Bernama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram