Advertisement
Wan Fayhsal Buka Mulut Mengenai Duo Bintang Malaysia Di Amerika Syarikat
Malaysia
MakanBola
Keluar Sekejap & NST

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal akhirnya membuka mulut mengenai hubungannya dengan bintang muda kelahiran Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.

Beliau bercakap dalam segmen Keluar Sekejap memberitahu bahawa sememangnya mempunyai pertalian dengan bintang muda berusia 23 tahun tersebut.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu bahawa Wan Kuzain dan dirinya merupakan ‘half brothers’ disebabkan mereka merupakan zuriat daripada ayah yang sama.

Namun begitu, bapa kepada Wan Fayhsal iaitu Wan Kamal telah pun berpisah dengan ibunya sewaktu beliau baru berusia 3 tahun.

Perkara ini mula tular selepas adik kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kuzri mula mendapat panggilan oleh FAM ke kem latihan pusat untuk mendapatkan tempat ke Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Bawah 19 tahun (B-19).

Beliau memberitahu kepada Khairy Jamaluddin dan juga Shahril Hamdan bahawa kedua-duanya pemain ‘bintang’ dalam pembikinan itu kini beraksi di Amerika Syarikat.

Untuk rekod, Wan Kuzain pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan bawah 22 (B-22) tahun pada 2019 bagi menghadapi Sukan SEA.

Kuzain kini beraksi di MLS Next Pro bersama St Louis 2 manakala adiknya, Wan Kuzri kini bersama St. Charles FC di USL League Two.