Pemain Malaysia yang kini beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal telah memberi bayangan akan menjadi tonggak terbaru skuad kebangsaan.
Pemain Sporting Jax berusia 27 tahun itu telah membuat naik instastory di laman Instagram beliau pada pagi Selasa dengan meletakkan sebuah emoji menandakan ‘masa hampir tiba’ beserta gambar ketika kem latihan kebangsaan terdahulu.
“⌛,” tulis Wan Kuzain ringkas di ruangan instastory milik beliau.
Sebelum ini, beliau telah menyertai beberapa kem latihan kebangsaan b23 namun masih belum melakukan debut buat Harimau Malaya.
Terdahulu, Wan Kuzain telah dicemuh oleh beberapa peminat bola sepak tanah air yang mengatakan Wan Kuzain tiada tempat bersama skuad kebangsaan Malaysia.
Namun disebalik cemuhan yang diterima Wan Kuzain, terdapat ramai peminat yang memberikan sokongan kepada pemain tengah Sporting Jax berusia 27 tahun itu untuk menyarung jersi Malaysia.
Untuk rekod, Wan Kuzain belum pernah mewakili Malaysia dalam apa jua pertandingan. Beliau pernah dipanggil untuk bersama skuad bawah 23 tahun negara pada November 2019 bagi menghadapi Sukan Sea namun masalah dokumentasi menyekat hasrat Kuzain mewakili negara.
Kini, beliau dijangka menyertai kem latihan kebangsaan senior Malaysia bagi menghadapi saingan Asean Hyundai Cup 2026 yang akan berlangsung dari 25 Julai ini dengan menentang Myanmar.