Wan Kuzain Buka Mulut Peluang Wakili Malaysia 3 Tahun Lalu
MakanBola
St. Louis City 2

Pemain kelahiran USA-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal membuka mulut terhadap peluang mewakili Malaysia tiga tahun lalu.

Tonggak berusia 27 tahun itu kini menjadi watak penting di Amerika Syarikat bersama kelabnya, St Louis City 2 di MLS Next Pro.

Kuzain bagaimanpun menjadi antara salah seorang tonggak kelab itu yang bakal tamat kontraknya pada akhir musim ini. 

Beliau dalam satu hantaran kembali menjawab tentang satu kenyataan berkenaan pendiriannya untuk mewakili Malaysia tiga tahun lalu.

“Anda sama sekali tidak memahami konteksnya.

“Saya boleh menangani rungutan terutamanya apabila itu semua salah faham. 

Kuzain menjelaskan bahawa kelab tidak mahu melepaskannya untuk mewakili pasukan muda kebangsaan pada ketika itu.

“Kelab saya tidak mahu melepaskan saya pada masa itu. Ia adalah musim rehat saya, selepas musim 10-11 bulan yang panjang. 

“Tetapi saya benar-benar mahu bermain. Orang boleh fikir apa yang mereka mahu,” ujarnya di laman X.

Kenyataan ini menjawab kepada satu hantaran olehnya ketiga berpeluang untuk beraksi buat Malaysia B-23 pada acara Sukan SEA 2022.

Kuzain sudah tiga kali tersenarai dalam Senarai Bersedia skuad kebangsaan pada tahun 2025 dan menanti panggilan debut buat Harimau Malaya.