Wan Kuzain Kekal Di US, Sertai Sporting JAX
MakanBola
St Louis City 2

Pemain tengah Malaysia, Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal memilih kekal berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Ini selepas beliau menyertai kelab divisyen dua AS, Sporting Club Jacksonville (Sporting JAX). Perpindahan pemain tengah berusia 27 tahun itu diumumkan kelab itu pada Rabu.

“Penguasa di atas padang dan elemen – Wan Kuzain mengawal jentera tengah. Selamat datang ke 904,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Perpindahan ini turut dikongsikan Kuzain mengulang ciap pengumuman tersebut di akaun X beliau.

Pengumuman ini sekaligus menamatkan desas-desus destinasi baharu Kuzain selepas meninggalkan St. Louis City 2 (STL2).

Kuzain sebahagian daripada empat pemain tengah baharu yang direkrut Sporting JAX. Ini sebagai persediaan mereka untuk menghadapi USL Championship yang bermula pada Mac ini.

Sporting JAX merupakan pendatang baru liga tersebut. Kelab ini ditubuhkan oleh sekumpulan pelabur dengan Ricky Caplin sebagai pemegang saham majoriti kelab.

Kuzain bukan satu-satunya bekas pemain STL2 yang direkrut Sporting JAX. Kelab itu turut merekrut penyerang Finland dan bekas rakan sepasukan beliau, Emil Jaaskelainen.

Claim Money Packet TnG