Dunia
stlcitysc
Advertisements

Pemain Kelahiran Amerika Syarikat-Malaysia, Wan Kuzain Wan Kamal tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam aksi pertamanya bersama St. Louis City SC.

Advertisements

Jaringan tersebut dihasilkan dalam perlawanan MLS Next Pro League menentang pasukan Rochester New York FC yang berkesudahan kemenangan kepada St. Louis City 2-0.

Pemain tengah itu diturunkan dalam kesebelasan utama dan berjaya menatijahkan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-19 dengan sepakan deras kaki kirinya.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, Wan Kuzain juga dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut. Kematangan yang beliau miliki sememangnya benar daripada apa yang dikhabarkan sebelum ini dimana jurulatih pasukannya sudah menjangka Kuzain mampu menjadi watak penting dalam pasukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram