Jurulatih Wan Kuzain Puji Kematangannya Di MLS
Dunia
Kuzain7
Advertisements

Aksi pemain muda Malaysia-Amerika, Wan Kuzain kini menjadi bualan jurulatih apabila beliau melihat potensi yang dimiliki oleh pemain ini mampu menjadi watak penting dalam pasukan.

Menerusi satu hantaran oleh bapa pemain itu sendiri iaitu Wan Kamal, beliau memuat naik satu kenyataan mengenai kata-kata jurulatih pasukan baharu anaknya itu.

Jurulatih Saint Louis City, Bradley Carnell mengakui pemain berusia 23 tahun itu memperagakan kematangan susulan aksinya dalam satu perlawanan persahabatan.

Advertisements

‘Kuzain berikan kehadiran yang cukup matang di atas padang.’

Bukan itu sahaja, Carnell turut mengagumi teknik dan kebolehan yang dimiliki oleh Kuzain sehingga menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berbakat besar dalam bola sepak.

‘Teknikal dan bijak seperti satu perkara yang sudah biasa dilakukan,’- Kata jurulatih itu dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sebelum ini, Kuzain telah pun mengesahkan kepulangannya ke St Louis daripada pasukan Rio Grande Valley FC sekaligus bakal berdepan cabaran yang lebih getir.

St Louis akan beraksi dalam MLS Next Pro bagi saingan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram