Wan Zack Haikal Ingin Kekal Bersama Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Pemain sayap Perak FC, Wan Zack Haikal menyatakan keinginan untuk kekal bersama pasukan itu pada musim hadapan.

Ini kerana pemain berusia 32 tahun itu masih ingin menabur bakti bersama Perak dan membantu pasukan itu mendaki kedudukan lebih baik dalam Liga Super.

Wan Zack juga melihat inilah peluang buat beliau membalas budi penyokong. Ini kerana mereka setia menyokong beliau untuk kembali cergas selepas ditimpa kecederaan jangka panjang sebelum ini.

Advertisements

“Pertama sekali, saya rasa Perak tempat yang sesuai buat saya. Oleh kerana Coach Yusri dan juga pengurusan yang inginkan lagi khidmat saya.

“Dan yang seterusnya, saya rasa penyokong masih lagi ingin melihat bakat saya di Perak,” katanya bila ditemubual oleh Nadi Arena semalam.

Advertisements

Selepas kembali cergas, Wan Zack merekodkan 21 penampilan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2023.

Mengikut data Transfermarkt, beliau telah menjaringkan dua gol dan mencipta tiga bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Piala Malaysia.

Advertisements

Antara pencapaian terbaik beliau bersama pasukan itu ialah membawa The Bos Gaurus layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram