Warga Indonesia Anggap Persaingan Liga Malaysia Amat Kompetitif
Asia Tenggara
Officialsabahfc/JohorSouthernTigers
Advertisements

Salah seorang peminat bola sepak dari Indonesia menganggap saingan di Liga Malaysia antara yang kompetitif di Asia Tenggara. 

Memetik ciapan di Twitter Nooridho Ilmansyah, yang memberikan pendapatnya kepada rakan senegaranya, beliau percaya struktur liga bola sepak di Malaysia lebih tersusun. 

“Saya kurang bersetuju dalam isu ini. Harus diakui bahawa saingan di Malaysia lebih tersusun daripada kita, ditambah pula dengan Piala Malaysia dan Piala FA Malaysia.

Advertisements

Menurutnya, ianya terbukti apabila salah seorang pemain Indonesia, Saddil Ramdani yang kini beraksi bersama Sabah FC sejak 2021. 

Beliau percaya karier Saddil Ramdani berkembang positif di Malaysia selepas beliau mula mengukir nama bersama Sri Pahang FC pada 2019 dan berjaya membuat 26 penampilan termasuk Piala Malaysia dengan mengumpul 2 gol.

Kini, Saddil Ramdani sudah membuat 52 penampilan bersama Sabah termasuk Piala Malaysia, Piala FA dan mempunyai pengalaman beraksi di peringkat Asia dalam saingan AFC Cup.

Advertisements

Bukan itu sahaja, bekas pemain bola sepak Selangor Andik Vermansyah juga antara pemain kelahiran Indonesia yang berjaya menjadi watak penting Selangor suatu ketika dahulu. 

“Selain itu, anda boleh lihat bagaimana rupa Saddil Ramdani kini selepas beraksi di Pahang dan Sabah.

“Contoh lain: lihat perkembangan Mas Andik Vermansah ketika bermain untuk Red Giants Selangor selama 5 tahun + 1 tahun di Kedah,” memetik ciapan di Twitter, @Idho09

Advertisements

Baru-baru ini khabar baik dari MFL buat kelab di Malaysia seperti Sabah FC dan Kedah FC antara dua kelab yang berpotensi untuk beraksi ke Asia bagi saingan ASEAN Club Championship.

Liga Malaysia terbukti menjadi salah sebuah destinasi buat pemain dari Asean untuk beraksi menimba pengalaman menempuhi liga yang kompetitif.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram