Wartawan Liberia Terkejut Dengan Kekuatan JDT
Dunia
Background: JST
Advertisements

Wartawan sukan dari Liberia, T. Kla Wesley Jr. teruja dengan perkembangan kelab Johor Darul Ta’zim dan turut mengikuti keputusan perlawanan pra-musim JDT di Dubai.

Beliau dan rakan-rakan turut dilihat terkejut dengan tahap permainan pasukan Liga Super Malaysia yang disifatkan berada pada tahap yang baik dan kompetitif.

“Kelab Malaysia, Johor terus mengendalikan pra-musim mereka di Dubai dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab Rusia, Lokomotiv Moscow. Mereka sudah memenangi tiga dari empat perlawanan pra-musim setakat ini.

Advertisements

“Mereka kalah 2-0 kepada pasukan liga utama Rusia, Rostov dalam permainan pertama mereka dan kembali dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab tahap satu Bulgaria, FC Levski Sofia.

“Mereka memenangi permainan ketiga mereka melawan kelab UAE, Fursan Hispania sebelum kemenangan mereka atas Lokomotiv Moscow. Permainan terakhir mereka akan berlangsung melawan Zenit Saint Petersburg.

“Mereka sudah memenangi Liga Super Malaysia sembilan kali berturut-turut. Mereka menjadi Juara sejak tahun 2014,” jelas T. Kla Wesley Jr.

Advertisements

Sementara itu di rungan komen Facebooknya, beliau dan rakan-rakan turut membincangkan berkenaan JDT dan Liga-M.

“Kerana Kpah Sean Sherman, saya mula menonton Liga Super Malaysia, dan saya boleh memberitahu anda liga ini lebih kompetitif daripada yang saya fikirkan,” ujar rakannya pula, Clarence M. Smith.

Sementara itu, menjawab persoalan yang dilontarkan seorang penyokong bola sepak dari Malaysia, T. Kla Wesley Jr. menjelaskan pasukan Rusia tetap kuat namun JDT sudah berada di kelasnya yang tersendiri sehingga mampu membenam pasukan dari Rusia.

Advertisements

“Hi Mohd Adam; kerana kelab Malaysia mengalahkan pasukan Russia? Adakah anda tahu betapa kuatnya pasukan Malaysia itu (JDT)?

“Pasukan tersebut (JDT) mempunyai bekas pemain pertahanan Leeds United dan Aston Villa, Shane Lowry, bekas penyerang Olympiacos, Flamengo dan Santos, Diogo Luís Santo.

“Mereka juga mempunyai bekas pemain tengah Argentina B-20, Leandro Velázquez, bekas penyerang Gremio, Bérgson dari Brazil, Juan Muñiz yang pernah bermain di La Liga untuk Sporting Gijon, bekas penyerang Genoa dan Udinese, Fernando Forestieri dan bekas pemain tengah Celta Vigo, Lévy Madinda.

Advertisements

“Dan anda fikir pasukan sedemikian tidak mampu untuk menang menentang pasukan dari Rusia atau pasukan Eropah yang lain?,” ujar beliau menjawab persoalan yang dilontarkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram