Watak Penting Perak Kekal Berbakti Buat Yusri Che Lah
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Biarpun melalui musim yang kurang memberangsangkan, namun ianya bukanlah penyebab untuk Perak FC mengundur ke belakang. Ini kerana persiapan untuk musim hadapan sudah dirancang lebih awal.

Antara persiapan awal yang dibuat oleh pasukan Perak adalah mengekalkan pemain yang beraksi dengan baik musim ini bagi menghrungi saingan musim hadapan yang lebih mencabar.

Jurulatih Perak, Yusri Che Lah mengesahkan bahawa beliau kini mampu tersenyum apabila pemain tengah, Azalinullah Alias telah mengesahkan untuk bersama Perak pada musim hadapan.

Advertisements

Yusri turut berpendapat Azalinullah beraksi dengan cemerlang bersama Perak sejak menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pertengahan musim ini.

“Saya tersenyum, beliau (Azalinullah) bersama dengan kita musim hadapan. Alhamdulillah. Beliau baru sahaja mengesahkan perkara tersebut minggu lalu. Satu perkara yang saya boleh cakap menguntungkan pasukan.

“Beliau diambil di pertengahan musim dan antara pemain yang saya boleh kata adalah nadi kekuatan pasukan. Malam ini (perlawanan menentang Sabah), dia kembali dari 10 hari dijangkiti influenza dan beraksi 90 minit, ianya mengejutkan saya,” jelas Yusri seperti dilaporkan TBG TV.

Advertisements

Untuk musim 2023, Azalinullah telah diturunkan dalam 14 perlawanan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia. Biarpun gagal meledak sebarang gol, namun pemain berasal dari Terengganu itu berjaya menyumbang satu bantuan gol.

Perak akan bertemu Terengganu FC pada 17 Disember depan untuk aksi terakhir Liga Super musim ini. Khidmat Azalinullah dijangka akan menjadi sandaran Yusri dalam mengawal bahagian tengah bersama bintang import dari Argentina, Luciano Guaycochea.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram